Tuesday, December 06, 2005

Aduh!!!

Aduh... aduh sakitnya.. jiwa ini... Gara-gara tidak mahu berdepan dengan anak-anaknya... aku terpaksa berpisah dengan anakku sendiri... sekarang anakku di kampung di jaga oleh kakak ku... tidak tahu di mana hendak mencari penjaga lagi.. kesemua orang gajiku tidak tahan.... kesemuanya berhenti gara-gara kenakalan anaknya.. sekarang aku dan anakku turut menjadi mangsa apabila aku terpaksa meninggalkan anakku di kampung kerana tidak ada orang hendak menjaganya di sini.. nampaknya terpaksa lah aku menghantar anakku ke nursery.

aku rindu dengan anakku... baby... mama rindu dengan baby... rindu sangat-sangat.. agaknya apa yang baby tengah buat sekarang? tengah bermain-main kah? baby rindu dengan mama? berpisah dengan ayah tak lah rasa seteruk mama berpisah dengan baby... mama lagi sanggup berpisah dengan ayah dari berpisah dengan baby... mama sangat sayangkan baby... babylah orang yang paling mama sayangi di dunia ni... baby lah buah hati mama... penyejuk hati mama... penyeri hidup mama... tanpa baby.. hidup mama tak akan bererti... mama harap tak lama lagi mama dan baby akan dapat hidup bersama semula... mama sayangkan baby lebih dari segalanya....

Wednesday, November 23, 2005

Malas

Ahhhh... aku malas hendak menulis hari ni... mungkin kerana semalam aku telahpun meluahkan segala rasa hatiku pada suamiku! aku beritahu pada suamiku yang aku tidak akan teragak-agak untuk meninggalkannya... aku juga telah menengking anak-anaknya di hadapannya... puas rasa hatiku! apa anaknya ingat aku takut dengan ayah mereka? SORRY!

yang aku tahu... hari ini, aku dan adikku berpakat untuk memberi satu kejutan buat ibuku... dan aku akan pulang ke kampung pada esok hari.. yahoooooo... seronotnyer...

lepas tu aku akan mengikuti bengkel selama tiga hari.. dan selama tiga hari itulah aku tidak akan bertemu dengan suamiku... aku rasa bolehlah aku menghilangkan segala ke'tension'an dan masalahku... aku harap selepas ni semuanya akan berjalan dengan lancar...

Tuesday, November 22, 2005

Benci

Bencii... benci... benci... benci... aku benci sebenci bencinya! mahu saja aku dera ke empat-empat ekor monyet di rumah tu! apa aku peduli.. aku kan ibu tiri yang jahat! tapi sejahat-jahat aku... belum lagi aku mendera mereka! yang di dera adalah perasaan ku sendiri.

geram!.. geramm!! gerammmm!!! tak mahu rasanya aku menjejakkan kaki ke rumah tu lagi. rumah tu macam neraka bagiku! tiada kebahagiaan... yang ada hanya kebencian.. kesedihan... kelukaan.. kekecewaan... rumah itu bukan rumah ku! aku tidak berhak untuk tinggal di sana! kalau ikutkan hati.. mahu saja aku berada di pejabat sampai malam.. tapi tak boleh.. anakku juga berada di rumah itu!

malam tadi dia meradang lagi! anakku yang berusia setahun lebih.. anakku yang tidak tahu apa-apa menjadi mangsa buah tangannya! sakitnya hatiku hanya Tuhan saja yang tahu. kalau anaknya yang melakukan kesalahan... dia hanya membiarkannya sahaja.. dengan alasan.. masih kecil.. belum tahu apa-apa! masakan anak yang berusia 1 tahun lebih pandai berfikir dari anak yang berusia 10 tahun! kasihan baby!

aku tahu... selama ini dia bencikan baby. semenjak baby dalam kandungan lagi dia tidak mempedulikannya. sepatutnya pengalaman mendapat anak yang pertama adalah pengalaman yang paling manis dalam hidup.. tapi bagiku tidak! mungkin kerana baby merupakan anak ke lima baginya... dia hanya bersikap acuh tak acuh! atau mungkin dia tidak mahu mengakui yang baby itu anaknya! entah lah.. kalau bukan anaknya... jadi baby tu anak siapa? aku pun tak tahu kalau dia tidak mahu mengaku baby tu anaknya!

bila sahaja baby lahir... diatidak seperti ayah yang lain... yang sanggup bersekang mata menjaga anak di waktu malam... sejak baby lahir hinggalah sekarang.. tidak pernah sekalipun dia berjaga pada waktu malam.. apatah lagi bangun di malam hari untuk membuatkan susu! tidak! hanya aku yang bersusah payah menjaga baby selama ni! kalau kami di kampung... orang tuaku yang sanggup berjaga malam menjaga baby yang sakit.. sedang suamiku? sedap berdengkur di dalam bilik! aku kecewa dengan sikapnya melayan baby sedemikian rupa!

dia selalu membanding-bandingkan rupanya dengan rupa baby! kalau-kalau ada persamaan. memang baby lebih mirip kepada wajahku. salah kah aku? dengan anaknya yang lain tidak pula dia membandingkan wajahnya yang langsung tidak mirip mereka! mengapa dia tidak syak yang ke empat-empat anak itu bukan anaknya? kenapa mesti mengesyaki baby? lihatlah ketidak adilannya! isteri mana yang tahan diperlakukan sedemikian rupa!

mahu saja aku menghubungi kekasih suamiku dengan berkata "ambillah... ambillah suamiku! bawa dia jauh dari aku! aku sudah tidak sangggup hidup bersamanya lagi!" entah kenapa aku tidak berbuat begitu... tunggulah... tunggulah sehari dua lagi..kalau dia masih lagi berkelakuan begitu.. aku tidak akan teragak-agak membungkus pakaianku dan meninggalkannya saja.. apa dia ingat aku ni anak yatim yang boleh diperlakukan sesuka hatinya? mentang-mentang aku isteri... dan aku terikat dengan suami dia sanggup memperlakukan aku sebegini?

dia sering mengingatkan aku tentang tanggungjawabku! tapi.. adakah dia menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami? sebagai ayah kepada anakku? ada? selama ni... aku yang menyara keluarga.. aku yang menyara hidupku dan anakku! tapi ada aku berkira? kalau aku berkira pun.. mesti perang dunia ketiga akan meletup!

aku dibelenggu rasa takut dengan suamiku! demi baby dan demi anak dalam kandungan ni.. aku terpaksa akur dengan kemahuannya agar dia tidak mengapa-apakan kami. rasa kasih sayangku terhadapnya semakin pudar... dan mungkin telah lenyap dari dalam hatiku! yang ada hanyalah rasa kasih sayangku terhadap baby dan anakku yang bakal lahir..

Ya Allah.. kau tabahkan lah hatiku.. berikanlah aku kesabaran dalam menempuh dugaan yang engkau berikan.. selamatkanlah anak-anakku di dunia dan akhirat... panjangkanlah umurku agar aku dapat menjaga anak-anakku... kerana aku tahu.. tanpa aku, anak-anakku akan terbiar tanpa kasih sayang seorang ibu dan ayah. berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi semua ini. Aminnn...

Monday, November 21, 2005

Dingin

Hubungan ku dengan suamiku semakin dingin.... dia cuba sedaya upayanya untuk memujukku. tapi entah... hatiku masih lagi sakit.. masih kecewa dengan tindakannnya. itu bukan kali pertama dia memaki dan memarahiku... entah kali yang keberapa. pernah juga dia memukulku di hadapan orang kerana anaknya. biasanya hatiku cepat lembut, tetapi entah kenapa kali ini sukar untukku memaafkannya.

kata-katanya yang menyakitkan hati itu takkan mungkin dapat ku lupakan seumur hidupku. sampai sekarang, semuanya masih lagi terngiang-ngiang di dalam kepalaku. aku tidak bahagia. aku memang tidak bahagia. terutamanya apabila aku berada di rumah. aku menjadi seorang yang pemurung. pendiam... aku takut.. keadaan aku sekarang akan memberi kesan kepada bayi dalam kandunganku. apa yang harus aku lakukan?

hujung minggu lalu aku meminta kebenaran untuk pulang ke kampung. ke rumah orang tuaku. tapi dia tidak membenarkan, dengan alasan dia akan membawaku pulang pada hari minggu, sebaik sahaja dia pulang dari kerja. mulanya aku tidak mahu! kerana aku tahu, kalau aku balik dengannya, dia pasti akan membawa anak-anaknya bersama. lalu.. bagaimana aku hendak menenangkan fikiranku kalau mereka juga ada bersama? sedangkan niatku untuk menghabiskan dua malam bersama orangtua ku di kampung di samping melupakan masalahku! tapi lama-kelamaan... aku mengalah. aku katakan ok,... tapi dalam hatiku.. aku tidak mahu pulang ke kampung bersamanya... semalam, apabila dia mengajakku pulang, aku mengatakan padanya yang aku tidak mahu pulang dengan alasan tiada mood... penat dan sebagainya.

entahlah... aku teringin sekali untuk pulang ke kampung. memang kebiasaanku sejak aku bujang, aku tidak tahan tinggal lama berjauhan dengan orangtuaku .. terutamanya ayah ku. dialah tempat ku mengadu segala keresahan hati tanpa berselindung. tapi, semenjak berkahwin, aku tidak lagi meluahkan masalahku padanya.. kerana aku tahu, itu masalah rumahtanggaku, masalah yang aku sendiri mencarinya! aku rindu pada keluargaku. kalau aku lama tidak bertemu dengan mereka... aku seumpama bateri yang kehabisan kuasa... aku perlu balik ke kampung untuk cas semula kuasaku! arghhhh.. alangkah bagusnya kalau aku dapat pulang ke kampungku.

p/s: Arghhh... apa ni? kenapa aku skema sangat dalam meluahkan perasaan ku ini!

Friday, November 18, 2005

keluargaku

aku dapat merasakan yang semua keluargaku sedang mentertawakanku! kalau lah aku mengikut kata mereka.. mungkin aku tak berada dalam neraka ini! tapi apa boleh buat... aku yang memang terkenal degil sanggup menentang mereka semata-mata kerana ingin berkahwin dengan jantan tak guna tu! kalaulah mereka tahu apa yang sedang aku lalui!

namun tak semuanya pedih berkahwin dengannya... sekurang-kurangnya aku dikurniakan seorang anak perempuan yang comel... dan seorang lagi bakal lahir awal tahun depan! syukurlah.. kerana keinginanku untuk mendapatkan anak selama ni akhirnya termakbul! aku bahagia disamping anakku. aku berdoa agar anak-anakku tidak terikut perangai anak-anak tiriku.

aku masih ingat lagi kata-kata yang pernah dilemparkan oleh ahli keluargaku padaku. hingga sekarang semuanya masih lagi jelas di ingatan. entah mengapa dahulu aku yakin yang suamiku ini dapat membahagiakan ku. namun sekarang... di mana kah aku berada? dahulu dia pernah berjanji yang dia takkan mensia-siakan ku. tapi kenapa sekarang aku merasa segala pengorbananku selama ni semuanya sia-sia? dahulu dia berjanji akan menyara kami semua... tapi kenapa sekarang duit gajiku tak pernah cukup kerana menyara keluarga termasuk anak-anaknya? bayar kereta.. aku! belanja dapur... aku! bayar bil... aku! semuanya aku. duit gajinya? habis untuk anak-anaknya sahaja... tidak termasuk anakku yang seorang itu... juga untuk bayar hutang bekas isterinya! dahulu aku tak kisah semua tu.. mungkin kerana aku ni jenis yang tak berkira tentang duit! tapi sekarang? aku rasa semua tu sia-sia! anak-anak sial tu pula? tak tahu siapa yang selama ini mengisi perut mereka! yang mereka tahu mencuri.. mencuri.. mencuri! sedangkan duit belanja sudah pun di beri setiap hari! dan pandangan mata tu! pandangan itu yang paling membuat aku benci! budak sepuluh tahun sudah tahu memandang penuh kebencian apabila ditegur perbuatannya yang salah! kalau aku terus dalam neraka ni... tidak mustahil satu hari nanti aku akan mati dibunuh oleh anak tiriku sendiri!

aku malu dapat anak tiri begitu! aku malu hinggakan aku tidak mahu keluar dengan mereka. aku tidak mahu membawa mereka ke rumah orang tuaku! kalau pulang ke kampung... aku tidak akan membawa mereka. peduli lah apa orang kampung kata. biarlah mereka kata aku bencikan anak tiri... sedangkan hakikatnya memang begitu. sebelum duit orang tuaku di kebas anak tiriku... sebelum aku menanggung malu yang amat sangat.. aku rasa itu sahaja caranya.

setiap kali pulang ke kampung.. anak-anak tiriku akan dihantar ke rumah ibu mereka.. walaupun ibunya tiada di rumah.. tapi neneknya kan ada? biar lah apa orang kampung kata... mereka takkan faham apa yang aku lalui... aku tahu mereka mengutuk aku dibelakangku.. begitu juga keluarga mertuaku! pedulikan mereka... mereka tidak tahu derita yang aku alami.. yang mereka tahu.. memburukkan orang lain. apa mereka ingat mereka tu baik sangat? kalau mereka baik kenapa mereka sanggup membuang cucu sendiri? kenapa mereka tidak sanggup untuk menjaga cucu mereka sendiri sedangkan itu darah daging mereka? mereka lebih sanggup melihat rumahtangga kami hancur daripada membantu menyelamatkan rumahtangga kami. aku tahu kenapa mereka tak sanggup. kerana mereka tahu perangai cucu mereka bagaimana! siapa sanggup menjaga cucu yang pandai membakar surau? yang mencuri duit surau? yang selalu merosakkan harta benda jiran-jiran! siapa sanggup? mereka sendiri pun tidak sanggup untuk menanggung malu... dan aku yang langsung tidak mempunyai pertalian darah harus menanggung semua beban ni!

tak salah kalau aku kata.. suamiku dan bekas isterinya hanya tahu buat anak dan beranak sahaja! aku sendiri yang mengalaminya. yang perempuan... tak sedar diri.. ada anak empat orang mengaku bujang! mengorat jantan sana.. mengorat jantan sini.. sedangkan anak .. macam pelarian! orang kampung menggelarnya primadona kampung! kangkang sini dapat duit.. kangkang sana... dapat duit. yang hairannya... orang tuanya tidak pula melarang anaknya berbuat begitu! malah lagi suka kerana ada duit masuk untuk dibelanjakan!

yang silelaki pula? ada anak empat orang... tahu anak tu perangai tak serupa orang... tapi perangai anak tak boleh ditegur! tegur keburukan anak... tampar isteri depan anak! kalau di rumah kepit bini dalam bilik! kalau keluar rumah.. keluar pagi balik malam... anak-anak? serah dengan isteri baru untuk jaga.. apa dia ingat aku kahwin dengan dia untuk sakitkan kepala aku menjaga anak dia yang macam setan tu? dah lah anak aku yang seorang tu tidak pernah mendapat perhatiannya... kalau sakit.. langsung tak peduli.. anak sakit siapa yang jaga? isteri! anak lapar siapa yang kasi makan? isteri... malam-malam siapa yang tak tidur jaga anak? isteri... pernahke dia berjaga bila anaknya sakit? TAK PERNAH! sekarang ni komplain... anakku tak suka dengan dia.. mcm mana anak nak suka? budak berumur satu tahun pun tahu kalau dia disayangi atau tidak! HUH!

Menyesal?

Di sini menyesal!!!!.... memang aku menyesal berkahwin dengannya.. nak kata apa lagi? tapi semua ni aku pendam dalam hati. aku tak sanggup meluahkannya kerana tak mahu melukakan hatinya.. tapi dia? sanggup dia melukakan hatiku. sanggup dia memarahiku di hadapan anak saudaraku dan anak-anaknya! sanggup dia merendah-rendahkan ku di hadapan mereka. jangan salahkan orang lain kalau anak tu kurang hajar.. sudah orang tuanya yang mengajar begitu. aku tak tahu di mana aku dapat kunci untuk mengunci mulutku. malu memang malu! tapi semua tu membuatkan benci ku semakin meluap-luap terhadap mereka!

semuanya kerana anak tiri! kerana mereka dia memarahiku.. seumpama aku ni anak kecil yang tak mengerti apa-apa! segala peristiwa dulu di ungkit-ungkit. ingat dia seorang sahaja yang boleh mengungkit cerita lama? apa dia ingat aku tak ada point untuk balas balik serangannya? tapi aku sabar... kalau aku layan marahnya.. makin teruk jadinya!

dia ada perempuan lain di luar! ingat aku tak tahu... tapi ada aku marah dia depan orang? ada aku marah sampai pecah hi-fi? ada aku marah dia sampai pecahkan harta benda? ada? dasar jantan tak tahu di untung!

marah memang marah! tapi pada siapa aku hendak luahkan? pada jantan gila yang hanya tahu harga dirinya? pada jantan over sensitif yang hanya tahu mendengar cakap orang lain? pada jantan yang tak mengenang budi yang tak mahu mendengar luahan hati isterinya sendiri?

kenapa aku benci anaknya? jangan tanya aku! kalau orang lain pun dapat anak tiri macam tu.. mereka pun akan rasa apa yang aku rasa.... memang layak di benci! aku tak tahu la kalau ada insan mulia dalam dunia ni yang boleh terima anak tiri macam tu! sudah lah perangai macam setan! tak boleh ditegur! kalau di tegur kita pula yang disalahkan. mereka semua umpama racun dalam rumah tangga ku! bagaimana aku tak membenci kalau setiap kali mereka ada rumahtangga ku umpama dalam neraka?

memang itu yang bekas isterinya mahukan! setiap kali kami bergaduh.. setiap kali itu jugalah dia berpesta.. bergelak ketawa mengenangkan kehancuran rumahtangga kami! memang niatnya untuk meruntuhkan rumahtangga kami! bagaimana aku tahu? semua tu datang dari mulutnya sendiri! selama ni dia memang mendoakan agar perkahwinan kami takkan kekal! aku tak tahu lah perempuan jenis apa yang macam tu! sanggup menjadikan anak untuk menghancurkan rumahtangga orang lain!

aku rasa sungguh tak adil! di mana keadilannya? bukan ini yang ku mahu ketika aku berkahwin dengannya! aku berkahwin dengannya bukan untuk menyara dia dan anak-anaknya! aku berkahwin dengannya bukan untuk beri duit pada bekas isterinya! bukan semua tu! aku berkahwin dengannya... kerana aku inginkan kebahagiaan. aku sering dikecewakan oleh lelaki! mungkin dahulu aku terlalu bodoh untuk senang dipermainkan oleh lelaki! tapi sekarang? bodohkah aku kerana aku dipermainkan oleh suamiku sendiri dan juga bekas isterinya?

Thursday, November 17, 2005

Jahat ke aku?

Sudah hampir dua tahun usia perkahwinan kami... perkahwinan ku dengan seorang duda beranak empat. banyak kisah suka duka telah ku lalui... namun hingga kini aku sukar hendak menerima ke empat-empat anak tiriku. jahat kah aku? berdosa kah aku?
jahat memang jahat.. berdosa memang berdosa... tapi itu bukan niatku dahulu... arghhh... entahlah... siapa lah yang dapat memahami hatiku ini?

ibu tiri tetap ibu tiri... anak tiri tetap anak tiri... tiri dengan kandung takkan pernah sama maksudnya... apa pun yang aku lakukan tetap jahat di mata masyarakat... orang takkan faham semua tu.. bila kita mahu mengajar anak tiri... orang akan kata kita ibu tiri yang jahat.. bila kita biarkan anak tiri buat sesuka hati, orang juga akan cakap kita jahat... jadi apa yang harus aku buat? salah kah aku? jahat kah aku?

anak tiriku yang sulung (lelaki) berusia 11 tahun... yang kedua (lelaki) 8 tahun yang ke tiga (perempuan) 6 tahun dan yang kecil (perempuan) 4 tahun. semuanya masih kecil dan perlukan perhatian. salahkah aku jika aku tak dapat memberikan perhatian dan kasih sayang yang mereka harapkan? dan hasil perkahwinanku dengan suamiku.. kami mendapat seorang cahayamata perempuan yang sangat comel... berusia setahun setengah.. dan satu lagi bakal lahir awal tahun 2006.

gara-gara anak tiri, aku selalu bergaduh dengan suamiku... hidup kami tak pernah bahagia bila mengenangkan anak-anak tiriku... tapi kami bahagia tanpa kehadiran mereka. dahulu, semua anak tiriku tinggal bersama kami... namun sekarang hanya dua orang yang masih bersama kami.. yang sulung dan yang ke tiga. yang ke dua tinggal dengan orang tua suamiku... dan yang ke empat tinggal dengan orang tua bekas isteri suamiku. ibu mereka? berpoya-poya ke sana ke sini... lupa yang dia punya 4 orang anak... aku hairan, bagaimana seorang ibu boleh meninggalkan anak yang dikandungnya sendiri selama sembilan bulan lebih... sanggup meninggalkan anak semata-mata untuk bersukaria dengan lelaki lain. tergamaknya!